::my lair::

Just another WordPress.com weblog

3.1 Batrisya

leave a comment »

Pertama kali Batrisya oncall – hari Sabtu. Dia pakai baju kurung. MO dan jururawat-jururawat di wad memandangnya dengan pelik. Ada yang tegur juga, tapi pada waktu itu dia fikir apa salahnya berbaju kurung walaupun sedang oncall?

.
Di penghujung oncall dia rasa hendak koyakkan saja kain baju kurungnya. Berulang alik ke sana dan ke mari berkali-kali. Memanjat katil untuk melalukan CPR.  Berjalan perlahan tidak termasuk dalam kamus Batrisya pada hari itu. Mandi pun tak sempat. Tak dapat tidur sepicing pun. Dan itu adalah kali pertama dia oncall pula. Boleh kata dia tak tahu apa-apa pun. Praktikal di hospital selama 3 tahun langsung tidak sama dengan the real deal. Pada waktu itu, mereka kekurangan houseman. Hanya dua orang houseman sahaja yang oncall setiap malam, seorang menjaga pesakit lelaki, dan seorang lagi menjaga pesakit perempuan. Wad ada enam. Satu wad ada 30 orang pesakit. Dia nak ambil darah pesakit pun terkial-kial lagi.

.

Jam 8 pagi hari Ahad keesokannya, Batrisya menarik nafas lega. Sambung pula buat rondaan pagi di wad sendiri. Sehingga tengahari terasa kerja tak habis-habis. Dia masuk ke tandas lantas menangis semahu-mahunya. Dia tidak berpeluang hendak ‘tagging’ dengan houseman yang lebih senior disebabkan mereka kekurangan orang. Hari ke 5 mula kerja sudah mula oncall. Di hujung minggu pula tu. 

.

Lama dia di dalam tandas. Bila dapat panggilan daripada Daddy, dia menangis lagi. Tanpa kata. Daddy pun senyap saja sepanjang dia menangis. Macam dia tahu-tahu saja Batrisya sedang bersedih. Bila tangisan Batrisya reda sedikit, Daddy bersuara semula dengan nada lembut. Dia bercerita hal-hal harian biasa. Kenakalan abang- abang Batrisya. Arnab jantan kesayangan keluarga mereka yang semakin gebu.

.

“Daddy…”

.

“Yes princess?”

.
“Trish tak nak kerja dah. Trish nak balik duduk dengan Daddy je. Daddy jaga Trish kan?”

.
“Of course I will,” Daddy menjawab dalam senafas. “But I want my little girl to be able to take care of herself too.”

.

Batrisya diam. 

.
“Pergi habiskan kerja Trish dulu, nanti Daddy call lagi ok?”

.
 

Batrisya cuci muka. Lama. Bila dia keluar ke kaunter wad, dia lihat teman sekerjanya, Anusha, yang kini berada dalam posting yang ketiga, sedang menyusun botol-botol darah ke dalam plastik spesimen. Mata mereka bertentangan. Anusha senyum. “I dah ambil blood untuk patient-patient you Trish. Ada apa-apa lagi tak?”

.

Dan Batrisya rasa empangan air matanya hendak pecah lagi.

.

Advertisements

Written by msteja

March 20, 2017 at 8:22 am

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: