::my lair::

Just another WordPress.com weblog

7.1

leave a comment »

“Bila kau rasa a guy tu dalam keadaan paling seksi?” Malika melontarkan pertanyaan ke udara. Tiba-tiba dengan tidak semena-mena.

“Masa tengah asah parang.”

Malika jeling. Tajam. Batrisya ni kalau tak beri jawapan pelik memang tak sah. Celah mana seksinya lelaki tengah asah parang?

“Atau,” Batrisya memasukkan ceri merah ranum ke dalam mulutnya, mengambil masa menikmati jus yang merembes dalam ruang mulut bila dia mula mengunyah ceri itu. “Lelaki yang tengah siang ikan.”

“Yang kat pasar ikan tu?”

“Bukanlah! Obviously kena lelaki yang aku berkenan dulu lah kan.”

“Kiranya kau cair habislah kalau tiba-tiba ternampak Umar asah parang untuk siang ikan?”

Batrisya senyum lebar mendengar nama Umar disebut. Terasa jentikan halus yang menenangkan di dalam dadanya. Hangat. Selesa. “Kalau jadi macam tu Ika, kau kena standby untuk bawa aku ke hospital.”

“Kenapa pula?” 

“Jantung aku akan jadi tak seirama boleh terus heart attack.”

“Merepek!”

Pecah tawa kedua-duanya. Memenuhi ruang lapang kedai kopi. 

“Bila last jumpa?” Malika hirup mocha latte sejuk. Mata coklatnya tenang merenung teman yang tiba-tiba kelihatan resah. Bagai melempar batu ke dalam kolam. Berkocak.

“Siapa?”

“Umar,” Malika mengabaikan cubaan Batrisya yang pura-pura buat tak tahu.

“Sebulan lepas. Macam biasa.”

“Status kau orang?”

Rasa tenang dalam dada Batrisya berganti dengan rasa ketat. Terasa ditekan. Dalam. “Teman tapi mesra?” Ketawa hambar. “Ok, sebelum kau sambung dengan analisa kau, aku tahu apa yang kau nak cakap.”

Malika mencebik. Batrisya meraup muka. Dia capai telefon bimbit, galeri gambar dibuka. Disuakan kepada Malika. “Ni, dia hantar semalam.”

Wajah bujur dengan senyuman kacak. Rambut sedikit ikal dengan seuntai rambut jatuh ke dahi. Kumis nipis meniti di antara hidung dan bibir atas. Berpakaian kemas dengan kemeja lengan panjang yang dilipat hingga siku. Jeans biru lusuh. 

“Motif?”

Batrisya angkat bahu. “Aku tengah drive kot masa tu. Nyaris nak terbabas dapat gambar macam ni. Tak ada borak apa pun sebelum tu.”

“Hati kau terbabas tak?”

Batrisya menyembamkan muka ke meja di celah kedua lengannya. Hati dah lama terbabas dah. Walaupun pada asalnya tiada niat langsung nak ke arah itu. Tak ada sekelumit rasa pun pada Umar di hari pertama mereka bertemu ketika induksi dulu.

Tapi Umar, selepas masing-masing berpisah pulang ke tempat asal, mula menghulur talian persahabatan. 

Pada mulanya Batrisya layan biasa sahaja. Setiap hari akan ada mesej masuk. Diselangi gambar-gambar yang menggoda jiwa. Kenapa Umar menghantar gambarnya pada dia, Batrisya sendiri tidak pasti. Bila dia tanya, Umar hanya akan jawab hendak tambah keyakinan diri.

What kind of answer is that? Malika menempelak bila Batrisya membuka cerita. 

Lama-lama dia goyah lah. Masakan dia tak goyang langsung tengok gambar-gambar dengan killer smile setiap kali. Ujian kah?

Mula-mula dia bercerita pada Malika, Malika ikut teruja. Tapi lama-lama bila tak ada progress apa-apa, temannya itu mula jadi skeptikal. Anggapannya Umar ini main-main sahaja. 

“Apa kata kau confess je Trish. Kalau jadi, jadi. Kalau tak kau move on je lah.”

Bulat mata Batrisya. Malika ni kalau beri cadangan tak fikir langsung lah. Takkan lah dia nak mencari-cari timba kot. Dia tak adalah desperate sangat pun.

“Merepeklah! Tak mau!”

“Dah tu, macam tergantung-gantung tak bertali ni. Kau nak pandang orang lain pun macam tak selera sebab mamat tu in a way beri harapan. I mean, what kind of guy randomly gives a girl his pictures. Almost every week?”

Batrisya tak nak mengaku, tapi ada benarnya kata-kata Malika tu. Dia sendiri sebenarnya dah beberapa kali terfikir benda yang sama. Dia mengeluh sudahnya.

“Nantilah aku fikir balik. Now please help me habiskan this cakes please.”

Advertisements

Written by msteja

June 13, 2017 at 6:50 am

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: