::my lair::

Just another WordPress.com weblog

7.3

leave a comment »

“Trish cuti berapa lama?” Rafael menggeliat sehingga terdengar bunyi derapan sendi-sendinya. Puas! Duduk lama dalam penerbangan dari Adelaide yang mengambil masa beberapa jam itu mula terasa kesannya. 

“Sampai minggu depan je. Lepas tu kena daftar masuk posting yang seterusnya.”

“Dah tahu ke department mana?”

“O&G kot.”

“Eh, hospital ada Oil and Gas juga?’

“Sakit puan la Along. Obstetric and Gynecology,” Batrisya ketawa bersungguh-sungguh. Lucu lah Rafael ni. Lagi-lagi melihat wajah abangnya yang terpinga-pinga. 

“Kenapa dipanggil sakit puan ek? Mengandung kan is a process yang most perempuan nak. I mean, kalau ia adalah sejenis sakit, kenapa korang nak benda tu kan?” 

Batrisya mencebik. Mulalah Alongnya tu. Tak boleh nak kalah langsung. Pandai je putar balik biar dia nampak lebih daripada orang lain.

“Mungkin sebab nak beranak tu sakit. Mungkin sebab bila mengandung ni, boleh jadi punca pada sakit macam-macam. Yang tak ada kencing manis darah tinggi, tiba tiba masa mengandung boleh dapat. Tak ada alahan, time mengandung tiba-tiba boleh jadi allergic pada banyak benda,” Batrisya terdiam tiga saat. “…and they could die because of it.”

Rafael rasa hendak gigit saja lidahnya kerana bertanyakan soalan ‘cover malu’ nya tadi. Membuatkan Batrisya teringatkan arwah mama mereka yang meninggal dunia selepas lahirnya dia. Dia tiada niat langsung. Walaupun Rafael paling kuat menyakat Batrisya jika dibandingkan dengan kembarnya, Lukman, tapi dia juga yang paling cepat resah bila wajah Batrisya mula berubah. 

“Along minta maaf.”

“Tak ada salah Along pun.”

“Along buat apa?” Lukman duduk di atas salah sebuah kerusi  yang kosong. Daddy memang sengaja letakkan set meja besi ukir bercat putih dengan 4 biji kerusi di patio rumah. Simbolik empat orang ahli dalam keluarga induk mereka. 

“Beranak,” Rafael menjawab sepatah. Tak guna nak berselindung dan tak guna nak cerita panjang-panjang. Kerana dia tahu Lukman akan faham. Mereka kan berkongsi uri dan kantung yang sama selama 9 bulan. 

“Trish nak Abang Ngah cepuk Along ke?”

“Trish okay la, jangan nak berdrama sangat,” Batrisya mencebik. “Airis tidur dah ke?” 

“Hm. Kak Laily pun terlena sekali. Dodoikan diri sendiri sekali agaknya,” Lukman ketawa. Dia dan Rafael menyandarkan tubuh mereka pada belakang kerusi. Serentak. 

“Ngah, thanks sebab selalu ada nearby untuk tengok-tengokkan Daddy,” Rafael bersuara, sambil matanya melekap pada butiran cahaya yang menyimbahi dada langit biru hitam di hadapan mereka. Kegemaran setiap mereka, lebih-lebih lagi apabila ketiga-tiga berkumpul bersama. 

Batrisya pejam mata. Dalam hatinya mengiyakan saja kata-kata Rafael. 

Antara mereka bertiga, Lukman sahaja yang pilih untuk kerja dekat dengan rumah mereka membesar. Dekat dengan Daddy. Bukannya tak ada tawaran untuk dia bekerja di luar kawasan dengan gaji yang lebih lumayan. Bukannya Daddy tak suruh Lukman terima tawaran tersebut. Tapi dia yang degil untuk menetap di bandar kecil mereka.

Sedegil Rafael yang memilih untuk membawa diri jauh ke negara orang selepas putus tunang tiga tahun lepas. 

Advertisements

Written by msteja

July 7, 2017 at 9:55 am

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: