::my lair::

Just another WordPress.com weblog

8.2

leave a comment »

Langkah diatur satu persatu merentasi padang yang luas terbentang. Permaidani hijau yang diselangi dengan tompokan merah tanah. Sekelilingnya penuh kabus. Lebih daripada 5 langkah, mata Meor tak dapat. Meor rasa, seingatnya, dia tidak pernah sampai ke tempat itu. Tapi Meor tahu dia kenal tempat itu. Sangat kenal sehingga dia boleh agak apa yang bakal ada di depan, sebelum ia muncul.

Macam sekarang ini, dia tahu akan ada sebuah bangunan setingkat kecil yang menempatkan dua ruang kosong diasingkan oleh sekeping dinding simen, tidak jauh daripada tempat dia berdiri. Apabila bangunan itu mula menampakkan bentuk di celah-celah kabur kabus putih, Meor melepaskan nafasnya. Hairan. Tidak sedar pun dia menahan nafas sebelum itu.

Sesusuk bayang tubuh, seorang perempuan berdiri tidak jauh daripada tempat Meor berdiri. Meor tak nampak wajahnya pun. Dihampiri susuk tubuh itu. Wajah perempuan itu masih kabur, tapi Meor dapat melihat seulas bibirnya bergerak-gerak. Berkata sesuatu. Tapi tiada bunyi yang menyentuh telinganya.

Perempuan itu kemudiannya mengangkat tangan kanannya ke paras dada. Pada pergelangan tangan perempuan itu, seutas friendship band hitam merah yang Meor hampir tidak pernah tinggalkan sejak dia sedarkan diri di hospital dahulu.

Meor menghulurkan tangan, hendak menyentuh perempuan itu, namun hanya angin yang digapainya. Perempuan itu hilang entah ke mana.

Sepanjang hari Meor tidak senang duduk. Biasanya dia tidak terganggu dengan mimpinya. Sebab mimpinya sama sahaja setiap malam. Tapi sejak dua menjak ni, mimpinya mula berubah.

Latar tempat berubah. Latar masyarakat pun dah lain. Sudah jarang dia mimpikan kemalangan bersama lelaki dan perempuan cantik itu.

Sejak bila? Sejak dia kena denggi dahulu.

Terasa bahunya dicuit. Dia pandang ke kiri. Jururawatnya bermuka ketat, memuncungkan bibir ke arah kanan. Meor pusingkan kepalanya ke kanan pula. Seorang lelaki separuh umur duduk di tepi meja, memandangnya tanpa berkelip.

“Ya Allah pakcik, saya minta maaf. Pakcik cakap apa tadi?”

10 minit berlalu sementara Meor menghabiskan konsultasi dengan pesakitnya. Tiada kompelin baru, tahap gula dan tekanan darahnya terkawal cantik. Cuma sambung ubat sahaja.

“Dr Meor kenapa hari ni? Berapa kali dah tiba-tiba Dr Meor jadi macam blur tiba-tiba.”

“Entahlah kak Milah. Nak kata tak cukup tidur, cukup je,” Meor hanya mampu sengih sambil menghulurkan fail pesakit tadi kepada Jamilah. “Lama ke saya jadi blur tu kak?”

“Sempatlah patient tu siap tanya akak doktor dia ni ok ke tak tiba-tiba diam je, tangan tak bergerak menulis pun.”

“Ishhh saya tak perasan langsung pun dia tanya akak tu,” Meor ketawa. Padahal dalam hatinya gundah gulana. Sepanjang tempoh dia bekerja, tak pernah dia terleka hingga begitu jadinya. Dia ketawa tu pun nak lindungi resah di dada. Habislah reputasinya macam ni.

“Ramai lagi tak patient kak? Boleh bagi saya 10 minit?”

“Tadi tinggal 3 orang lagi. Boleh Dr Meor, nanti akak masukkan patient lepas 10 minit,” Jamilah menyelinap keluar. Laju, tak padan dengan susuk tubuhnya yang gebu.

Meor pejam mata. Cuba susun balik fikirannya. Tak sedar rupanya banyak masa dia guna untuk tafsir sendiri mimpinya. Eh, entah-entah mainan syaitan semata. Tak ke hangus saatnya begitu saja?

Telefon bimbit dalam poket bergegar. Memang waktu konsultasi dia akan letakkan telefon dalam mod vibrate. Supaya tak terganggu sesi antara dia dan pesakit.

‘As salam dr meor. Sorry, saya dapat no dr meor dari dr ben. Nak tanya, dr meor accept ke kalau nak tempah kek?’

Tak ada masalah, walaupun dia tak pernahlah mewarwarkan khidmat tukang keknya pada sesiapa. Tapi, siapa yang mesej ni sebenarnya?

Telefon bergegar lagi.

‘oh oh. Ni batrisya. Sorry. Kalau ingat la.’

Mana mungkin dia tak ingat doktor gadis tudung terbalik ni.

Advertisements

Written by msteja

August 3, 2017 at 5:22 pm

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: