::my lair::

Just another WordPress.com weblog

9.2

with one comment

“Trish, kau kena rasuk ke apa?” Malika menjegilkan mata dalam gelap. Macamlah Batrisya boleh nampak kan.

“Aku rasa macam tu lah Ika. Aku rasa macam bila aku tanya dia tu, roh aku kat luar badan. Tak boleh nak control apa yang aku cakap,” Batrisya garu kepala. “Lepas dia kata okey tu, baru roh aku masuk dalam badan semula, and aku tak boleh nak buat apa dah.”

“Projek ni kita buat, nak kasi Umar dekat dengan kau. Alih-alih kau bawak pula mamat lain yang boleh tahan jugak rupanya ni. Aduilah kau ni Trish.” Malika pandang kedua-dua anak muda yang duduk tak jauh daripada mereka, asyik berbual.

“Anggap je lah aku bawa untuk teman kau, Ika.”

“Eh, apa lagi, pilihlah lagu korang. Beriya seludup masuk kek bagai, tak kan nak duduk diam aje,” Umar mencapai remote skrin dan dihulurkan pada Batrisya.

Batrisya terasa kulit wajahnya panas betul. Berbulan-bulan mereka berbual melalui mesej saja. Gurau senda usik mengusik berkongsi rasa yang tidak pasti. Perbualan yang sentiasa membawa perasaan Batrisya naik roller coster.

Cuma.

Batrisya tak tahu apa arah tuju ‘persahabatan’ mereka. Nak kata kawan biasa, mana ada ‘kawan’ randomly hantar gambar penuh gaya yang bjsa meruntun jiwa? Mana ada kawan yang hantar rakaman suara serak basahnya menyanyi korus lagu cinta?

Nak kata lebih daripada kawan, tak ada pula Batrisya dan Umar memasang janji apa-apa. Ada pernah sekali Batrisya memberanikan diri bertanya, sekaligus memberitahu yang dia suka pada Umar.

Nak tahu Umar kata apa?

Umar kata terima kasih. Batrisya lari ke rumah sewa Malika dan menangis berjam-jam. Malu. Dan sakit hati. Dalam hati sumpah tak mahu menghubungi Umar lagi.

Tapi esoknya Umar menghantar mesej macam biasa. Macam tak ada apa-apa. Siap ada gambar dia sendiri dengan senyuman megawatt. Marah Batrisya cair macam tu saja. Manalah Malika tak naik darah.

Lalu terwujudlah ‘projek’ mereka itu. Tak sangka pula Umar bersetuju nak jumpa.

Mungkin juga sebab Batrisya nervous sangat kot, kononnya menambah seorang lagi ahli projek untuk memberikan rasa tenang. Tapi dalam perjalanan tadi Batrisya dah beri amaran pada Meor supaya kejadian hari itu tidak sampai ke telinga Ben.

“Tak apalah Umar, awak pilih lagu awak dulu.”

“Betul ni?” Umar angkat sebelah kening. Jarinya mula menekan butang-butang yang ada pada remote. “Jangan menyesal nanti tak dapat nyanyi.” Senyum senget.

“Patutlah kau cair selalu dengan dia Trish. Charming betul.” Sempatlah kan Malika nak berbisik-bisik pula dekat telinganya. Batrisya mencebik.

Muzik yang bergema seterusnya membuatkan jantung Batrisya yang baru sahaja mendapat rentak asal, berlari pecut pula. Dia kenal sangat lagu ni. Umar pernah hantar rakaman suara dia, menyanyi lagu ini.

‘Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta’

Sumpah, sepanjang Umar layan perasaan dengan lagu itu (suaranya sedap sangat live ni!), Batrisya senyap sahaja, memujuk jantungnya untuk slow down. Sedangkan Malika dan Meor dah bersahut-sahutan dengan pujian bila Umar berjaya menarik suara pada not tinggi.

Mic sudah bertukar-tukar tangan beberapa pusingan antara Malika, Umar dan Meor. Siap masing-masing berganti-ganti jadi penyanyi latar. Batrisya pula, lebih banyak senyap.

“Trish. Nah.”

Suara perlahan Meor mengejutkan lamunan Batrisya yang dah sampai ke selatan. Batrisya pandang Meor. Lelaki itu menyuakan remote. Batrisya menggeleng. Dia dah tak ada mood yang sebenarnya. Malika dan Umar sedang sakan berduet lagu ‘Paling Comel’.

“Kenapa?”

“Entah.”

Meor mengangkat bahu dan mengalihkan perhatian kepada skrin pilihan lagu semula. Batrisya menguis sedikit kek dan dimasukkan ke dalam mulut. Sedap.

Lagu duet Umar dan Malika hampir sampai ke penghujung. Batrisya pandang jam tangan. Baru satu jam. Ada baki satu jam lagi. Dalam hati dia rasa kesal pula bersetuju dengan ‘Projek Umar’ mereka tu. Hatinya rasa bertambah sakit.

Tapi tak lama.

Kerana sebaik sahaja selepas itu, lagu ‘Kiss Me’ memenuhi bilik mereka. Meor menoleh, matanya bertembung dengan mata Batrisya. Dan dia tersengih dan menghulurkan mic. Batrisya tak ada pilihan lain. Dalam ribuan lagu yang ada dalam senarai, boleh pula Meor pilih salah satu lagu yang dia tak boleh nak tolak.

Berat hati tapi dia sambut juga mic daripada tangan Meor. Mula menyanyi ikut rentak. Mulanya perlahan, malu lah ada orang lain selain Batrisya. Tapi bila dia mula dapat kekuatan suara, mula lah tak ingat orang lain.

Masuk part korus, ada suara yang dalam, ikut sama menyulam dengan suara halus Batrisya. Batrisya menjeling ke arah 3 teman yang lain, separuh menyangka Umar yang ikut menyanyi sama. Tapi Umar sedang ralit memeriksa telefon.

Eh.

‘Strike up the band and make the fireflies dance
Silver moon’s sparkling
So kiss me’.

Meor yang yang jadi backup singer dia rupa-rupanya. Dengan tubuhnya bergerak mengikut lagu. Tangan kiri ditepuk-tepuk pada peha, seiring dengan rentak. Enjoy betul nampaknya.

Tiba-tiba Meor menoleh ke arahnya. Sambil angkat kening. Meminta dia untuk sambung nyanyian. Tanpa perlu suara. Batrisya pegang erat mic sehingga kulit tapak tangannya terass perit. Satu perasaan memenuhi segenap tubuhnya.

Deja vu.

Written by msteja

September 15, 2017 at 1:17 pm

Posted in Uncategorized

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. 😍😍😍

    fii

    April 27, 2020 at 11:32 am


Leave a comment