::my lair::

Just another WordPress.com weblog

Hai, everything that have been missed

leave a comment »

Assalamualaikum

Ya, I know, sudahnya blog ini pun terbengkalai.

The thing is, cerita Meor-Trish telah dirombak  dan dikemaskinikan semula untuk kepuasan yang membaca.

Latest updates, boleh didapati di pautan ini ya;

KELOPAK DAUN SEMANGGI

Dan juga,

Meor- Trish ada appearance dalam cerita pendek Daun Semanggi Berhelai Empat, dan sebagai cameo dalam Daun Mapel di Ufuk Senja. Details, again di pautan;

KELOPAK DAUN SEMANGGI 

Ampun dan maaf dipinta, dear pembaca atas kelewatan dan kekhilafan.
Selamat Hari Raya.

And thank you.

Written by msteja

May 31, 2020 at 6:43 pm

Posted in Uncategorized

9.2

with one comment

“Trish, kau kena rasuk ke apa?” Malika menjegilkan mata dalam gelap. Macamlah Batrisya boleh nampak kan.

“Aku rasa macam tu lah Ika. Aku rasa macam bila aku tanya dia tu, roh aku kat luar badan. Tak boleh nak control apa yang aku cakap,” Batrisya garu kepala. “Lepas dia kata okey tu, baru roh aku masuk dalam badan semula, and aku tak boleh nak buat apa dah.”

“Projek ni kita buat, nak kasi Umar dekat dengan kau. Alih-alih kau bawak pula mamat lain yang boleh tahan jugak rupanya ni. Aduilah kau ni Trish.” Malika pandang kedua-dua anak muda yang duduk tak jauh daripada mereka, asyik berbual.

“Anggap je lah aku bawa untuk teman kau, Ika.”

“Eh, apa lagi, pilihlah lagu korang. Beriya seludup masuk kek bagai, tak kan nak duduk diam aje,” Umar mencapai remote skrin dan dihulurkan pada Batrisya.

Batrisya terasa kulit wajahnya panas betul. Berbulan-bulan mereka berbual melalui mesej saja. Gurau senda usik mengusik berkongsi rasa yang tidak pasti. Perbualan yang sentiasa membawa perasaan Batrisya naik roller coster.

Cuma.

Batrisya tak tahu apa arah tuju ‘persahabatan’ mereka. Nak kata kawan biasa, mana ada ‘kawan’ randomly hantar gambar penuh gaya yang bjsa meruntun jiwa? Mana ada kawan yang hantar rakaman suara serak basahnya menyanyi korus lagu cinta?

Nak kata lebih daripada kawan, tak ada pula Batrisya dan Umar memasang janji apa-apa. Ada pernah sekali Batrisya memberanikan diri bertanya, sekaligus memberitahu yang dia suka pada Umar.

Nak tahu Umar kata apa?

Umar kata terima kasih. Batrisya lari ke rumah sewa Malika dan menangis berjam-jam. Malu. Dan sakit hati. Dalam hati sumpah tak mahu menghubungi Umar lagi.

Tapi esoknya Umar menghantar mesej macam biasa. Macam tak ada apa-apa. Siap ada gambar dia sendiri dengan senyuman megawatt. Marah Batrisya cair macam tu saja. Manalah Malika tak naik darah.

Lalu terwujudlah ‘projek’ mereka itu. Tak sangka pula Umar bersetuju nak jumpa.

Mungkin juga sebab Batrisya nervous sangat kot, kononnya menambah seorang lagi ahli projek untuk memberikan rasa tenang. Tapi dalam perjalanan tadi Batrisya dah beri amaran pada Meor supaya kejadian hari itu tidak sampai ke telinga Ben.

“Tak apalah Umar, awak pilih lagu awak dulu.”

“Betul ni?” Umar angkat sebelah kening. Jarinya mula menekan butang-butang yang ada pada remote. “Jangan menyesal nanti tak dapat nyanyi.” Senyum senget.

“Patutlah kau cair selalu dengan dia Trish. Charming betul.” Sempatlah kan Malika nak berbisik-bisik pula dekat telinganya. Batrisya mencebik.

Muzik yang bergema seterusnya membuatkan jantung Batrisya yang baru sahaja mendapat rentak asal, berlari pecut pula. Dia kenal sangat lagu ni. Umar pernah hantar rakaman suara dia, menyanyi lagu ini.

‘Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta’

Sumpah, sepanjang Umar layan perasaan dengan lagu itu (suaranya sedap sangat live ni!), Batrisya senyap sahaja, memujuk jantungnya untuk slow down. Sedangkan Malika dan Meor dah bersahut-sahutan dengan pujian bila Umar berjaya menarik suara pada not tinggi.

Mic sudah bertukar-tukar tangan beberapa pusingan antara Malika, Umar dan Meor. Siap masing-masing berganti-ganti jadi penyanyi latar. Batrisya pula, lebih banyak senyap.

“Trish. Nah.”

Suara perlahan Meor mengejutkan lamunan Batrisya yang dah sampai ke selatan. Batrisya pandang Meor. Lelaki itu menyuakan remote. Batrisya menggeleng. Dia dah tak ada mood yang sebenarnya. Malika dan Umar sedang sakan berduet lagu ‘Paling Comel’.

“Kenapa?”

“Entah.”

Meor mengangkat bahu dan mengalihkan perhatian kepada skrin pilihan lagu semula. Batrisya menguis sedikit kek dan dimasukkan ke dalam mulut. Sedap.

Lagu duet Umar dan Malika hampir sampai ke penghujung. Batrisya pandang jam tangan. Baru satu jam. Ada baki satu jam lagi. Dalam hati dia rasa kesal pula bersetuju dengan ‘Projek Umar’ mereka tu. Hatinya rasa bertambah sakit.

Tapi tak lama.

Kerana sebaik sahaja selepas itu, lagu ‘Kiss Me’ memenuhi bilik mereka. Meor menoleh, matanya bertembung dengan mata Batrisya. Dan dia tersengih dan menghulurkan mic. Batrisya tak ada pilihan lain. Dalam ribuan lagu yang ada dalam senarai, boleh pula Meor pilih salah satu lagu yang dia tak boleh nak tolak.

Berat hati tapi dia sambut juga mic daripada tangan Meor. Mula menyanyi ikut rentak. Mulanya perlahan, malu lah ada orang lain selain Batrisya. Tapi bila dia mula dapat kekuatan suara, mula lah tak ingat orang lain.

Masuk part korus, ada suara yang dalam, ikut sama menyulam dengan suara halus Batrisya. Batrisya menjeling ke arah 3 teman yang lain, separuh menyangka Umar yang ikut menyanyi sama. Tapi Umar sedang ralit memeriksa telefon.

Eh.

‘Strike up the band and make the fireflies dance
Silver moon’s sparkling
So kiss me’.

Meor yang yang jadi backup singer dia rupa-rupanya. Dengan tubuhnya bergerak mengikut lagu. Tangan kiri ditepuk-tepuk pada peha, seiring dengan rentak. Enjoy betul nampaknya.

Tiba-tiba Meor menoleh ke arahnya. Sambil angkat kening. Meminta dia untuk sambung nyanyian. Tanpa perlu suara. Batrisya pegang erat mic sehingga kulit tapak tangannya terass perit. Satu perasaan memenuhi segenap tubuhnya.

Deja vu.

Written by msteja

September 15, 2017 at 1:17 pm

Posted in Uncategorized

9.1

leave a comment »

Setahun yang lepas, Batrisya pasti akan menggigil kaki dan laju detakan jantungnya setiap kali melalui koridor luas hospital ini. Lagi-lagi bila terpaksa oncall di malam hari. Dipanggil ke wad jam dua tiga pagi.

Sekarang ni, hospital itulah rumah keduanya. Rumah pertamanya juga, mungkin, kerana sebahagian besar masanya dihabiskan di hospital saja. Daddy kata Rafael pun pulang ke rumah lagi kerap daripada dia.

Pandai je Daddy usik, sedangkan Rafael pulang ke Malaysia pun tiga bulan sekali. Batrisya pulang dua minggu sekali tau Daddy. Tapi Batrisya akui, ketika dia dalam posting perubatan dulu, dalam sebulan, dia hanya jenguk Daddy sekali saja. Kadang-kadang Daddy yang akan datang ke hospital melepas rindu.

Tapi lepas dia dah dalam posting ke-tiga ni (satu posting ambil masa sekurang-kurangnya empat bulan), koridor luas itulah teman rapatnya. Bila dia berjalan pergi dan balik daripada Jabatan Radiologi, bila dia kena berlari-lari ke dewan bedah, bila dia berjalan dari wad ke dewan bersalin, dinding koridor ini lah saksinya.

Telefon bimbitnya berbunyi. Mesej masuk. Tersenyum kecil Batrisya membaca nama penerima.

Dr Meor kawan Ben
‘im downstairs. Kat lobi. With your cake.’

Laju macam lipas kudung Batrisya turun ke lobi. Hari ni dia tak kerja pun. Lebih tepat lagi dia dah mula bercuti. Penilaian untuk posting Pembedahan sudah dia lalui. Dan Alhamdulillah, dia ‘lepas’. Dalam seminggu lagi, dia akan bermula di posting yang seterusnya, Ortopedik mungkin. Tapi buat masa ni, dia sedang bercuti.

Sampai di lobi hospital, mata Batrisya mula mencari-cari kelibat Meor. Sebenarnya dia ingat-ingat lupa saja wajah Meor macam mana. Iyelah, siapa yang ingat wajah pesakit diorang kan? Lagi-lagi sebab dah malu kantoi pakai tudung terbalik. Memang kalau boleh dia nak delete saja slot memori tu. Tapi lagi dia nak padam, lagi dia teringat.

Teringat peristiwa je. Muka Meor memang sehelai bulu roma pun dia tak ingat.

Matanya menangkap sesusuk tubuh lelaki yang asyik meneliti direktori hospital. T-shirt putih kosong berlengan pendek dengan jeans panjang berwarna hitam pudar. Cap hitam celoreng putih menutupi rambut hitam yang mencecah kolar baju. Di tangan ada beg kertas coklat yang besar dan lebar. Cukuplah memuatkan sebuah kek.

Ni agak-agak sajalah. Deduksi kononnya. Tapi Batrisya mendekati juga lelaki itu.

“Umm. Dr Meor kan?” ragu-ragu dalam suaranya.

Lelaki itu menoleh. Matanya besar saja. Terkejut agaknya tiba-tiba disergah. Tapi Batrisya tak sergah pun. Volume suaranya agaknya 9 saja. Normal kan?

Degupan jantung Batrisya yang tak berapa nak normal sebenarnya ni. Dia tidak ingat pula Meor ada sepasang mata yang begitu coklat sekali. Normal lah kan dia tak ingat mata pesakit yang dia baru jumpa dua kali saja?

“Batrisya?” Dalam suara lelaki itu pun ada warna kelabu. Kurang kepastian.

“Ha ah. Betul.”

“Dah chubby sikit, tak cam sangat.”

Merah padam wajah Batrisya. Kalau tak dikenangkan Meor itu dia tak berapa kenal dengan Meor, memang dia dah debik bahu anak muda itu. Misalkata, kalau Ben yang sebut, memang nahas lah dia kerjakan. Kembang kempis hidungnya tahan geram.

Meor kemudian tergelak kecil dan menghulurkan beg kertas coklat pada tangannya. Batrisya menjenguk ke dalam. Kotak kek berwarna biru lembut di dalamnya. Besar. Batrisya tempah kek Victoria Sandwich saiz 12″ x 12″ . Niat nak makan ramai-ramai, tapi niat yang tersembunyi adalah dia nak bawa balik lebihan kek itu untuk kepuasa sendiri. Tamak kan dia?

“Ada event apa?”

Terputus angan-angan Batrisya. “Oh, tak ada event apa pun. Gathering kecil-kecil je.” Batrisya merendahkan suaranya. “Kitorang plan nak seludup kek ni masuk bilik karaoke.”

“Serius?” Meor ketawa. “Oh ya, resit ada kat dalam, siap dengan nombor akaun sekali. Nanti saya mesej juga, takut-takut kertas tu hilang.”

“Ok, umm—” Batrisya tak tahu apa yang merasuk dia saat ini. Dan dia tak akan dapat faham kenapa dia buat apa yang dia bakal buat sesaat lagi. “Dr Meor nak join sekali tak?”

Written by msteja

September 6, 2017 at 6:30 am

Posted in Uncategorized

8.2

leave a comment »

Langkah diatur satu persatu merentasi padang yang luas terbentang. Permaidani hijau yang diselangi dengan tompokan merah tanah. Sekelilingnya penuh kabus. Lebih daripada 5 langkah, mata Meor tak dapat. Meor rasa, seingatnya, dia tidak pernah sampai ke tempat itu. Tapi Meor tahu dia kenal tempat itu. Sangat kenal sehingga dia boleh agak apa yang bakal ada di depan, sebelum ia muncul.

Macam sekarang ini, dia tahu akan ada sebuah bangunan setingkat kecil yang menempatkan dua ruang kosong diasingkan oleh sekeping dinding simen, tidak jauh daripada tempat dia berdiri. Apabila bangunan itu mula menampakkan bentuk di celah-celah kabur kabus putih, Meor melepaskan nafasnya. Hairan. Tidak sedar pun dia menahan nafas sebelum itu.

Sesusuk bayang tubuh, seorang perempuan berdiri tidak jauh daripada tempat Meor berdiri. Meor tak nampak wajahnya pun. Dihampiri susuk tubuh itu. Wajah perempuan itu masih kabur, tapi Meor dapat melihat seulas bibirnya bergerak-gerak. Berkata sesuatu. Tapi tiada bunyi yang menyentuh telinganya.

Perempuan itu kemudiannya mengangkat tangan kanannya ke paras dada. Pada pergelangan tangan perempuan itu, seutas friendship band hitam merah yang Meor hampir tidak pernah tinggalkan sejak dia sedarkan diri di hospital dahulu.

Meor menghulurkan tangan, hendak menyentuh perempuan itu, namun hanya angin yang digapainya. Perempuan itu hilang entah ke mana.

Sepanjang hari Meor tidak senang duduk. Biasanya dia tidak terganggu dengan mimpinya. Sebab mimpinya sama sahaja setiap malam. Tapi sejak dua menjak ni, mimpinya mula berubah.

Latar tempat berubah. Latar masyarakat pun dah lain. Sudah jarang dia mimpikan kemalangan bersama lelaki dan perempuan cantik itu.

Sejak bila? Sejak dia kena denggi dahulu.

Terasa bahunya dicuit. Dia pandang ke kiri. Jururawatnya bermuka ketat, memuncungkan bibir ke arah kanan. Meor pusingkan kepalanya ke kanan pula. Seorang lelaki separuh umur duduk di tepi meja, memandangnya tanpa berkelip.

“Ya Allah pakcik, saya minta maaf. Pakcik cakap apa tadi?”

10 minit berlalu sementara Meor menghabiskan konsultasi dengan pesakitnya. Tiada kompelin baru, tahap gula dan tekanan darahnya terkawal cantik. Cuma sambung ubat sahaja.

“Dr Meor kenapa hari ni? Berapa kali dah tiba-tiba Dr Meor jadi macam blur tiba-tiba.”

“Entahlah kak Milah. Nak kata tak cukup tidur, cukup je,” Meor hanya mampu sengih sambil menghulurkan fail pesakit tadi kepada Jamilah. “Lama ke saya jadi blur tu kak?”

“Sempatlah patient tu siap tanya akak doktor dia ni ok ke tak tiba-tiba diam je, tangan tak bergerak menulis pun.”

“Ishhh saya tak perasan langsung pun dia tanya akak tu,” Meor ketawa. Padahal dalam hatinya gundah gulana. Sepanjang tempoh dia bekerja, tak pernah dia terleka hingga begitu jadinya. Dia ketawa tu pun nak lindungi resah di dada. Habislah reputasinya macam ni.

“Ramai lagi tak patient kak? Boleh bagi saya 10 minit?”

“Tadi tinggal 3 orang lagi. Boleh Dr Meor, nanti akak masukkan patient lepas 10 minit,” Jamilah menyelinap keluar. Laju, tak padan dengan susuk tubuhnya yang gebu.

Meor pejam mata. Cuba susun balik fikirannya. Tak sedar rupanya banyak masa dia guna untuk tafsir sendiri mimpinya. Eh, entah-entah mainan syaitan semata. Tak ke hangus saatnya begitu saja?

Telefon bimbit dalam poket bergegar. Memang waktu konsultasi dia akan letakkan telefon dalam mod vibrate. Supaya tak terganggu sesi antara dia dan pesakit.

‘As salam dr meor. Sorry, saya dapat no dr meor dari dr ben. Nak tanya, dr meor accept ke kalau nak tempah kek?’

Tak ada masalah, walaupun dia tak pernahlah mewarwarkan khidmat tukang keknya pada sesiapa. Tapi, siapa yang mesej ni sebenarnya?

Telefon bergegar lagi.

‘oh oh. Ni batrisya. Sorry. Kalau ingat la.’

Mana mungkin dia tak ingat doktor gadis tudung terbalik ni.

Written by msteja

August 3, 2017 at 5:22 pm

Posted in Uncategorized

8.1

leave a comment »

Malam itu. Mereka bertiga. Dia, Ben dan Liyana. Sebenarnya Liyana ajak dia keluar berdua. Dia tak mahu. Tapi dia tidak beritahu terus pada Liyana. Dia cuma menolak untuk Liyana datang ke rumah untuk menjemputnya. Sebaliknya setuju untuk berjumpa dengan gadis itu di tempat yang mereka janjikan.
Mata Liyana yang terbuka besar sebaik sahaja ternampak Meor melangkah masuk ke dalam Manhattan Fish Market, menjadi layu bila ternampak Ben ada bersama. Liyana tidak bertanya apa-apa tapi dari riak wajahnya Meor tahu, dia hendak mempersoalkan kehadiran Ben.
“Sorrylah I menyibuk. Daripada semalam tak makan,” Ben tersengih. Liyana senyum ketat. Tak berkata apa-apa. 
Awkward. Sementara nak menunggu pelayan darang mengambil pesanan, sepi mengisi ruang antara mereka bertiga. Sebaik sahaja memesan, Ben berdiri. Nak ke tandas katanya. Meor membeliakkan matanya, sedikit sahaja takut-takut Liyana perasan. Gadis itu tunduk sahaja memandang telefon. Ben mengangkat bahu, tanda menyuruh Meor menyelesaikan ‘konflik’ mereka tu.
“Seksa sangat ke nak keluar dengan I?”Liyana bersuara selepas beberapa saat Ben berlalu pergi.
Meor hela nafas. Berat. Berapa kali lagi harus dia terangkan pada Liyana. Dia dan Liyana. Tak mungkin. Tak ada sekelumit perasaan melebihi seorang rakan pun pada gadis itu. Dia terasa setiap kali dia berkata ‘ya’ pada ajakan Liyana, selapis lagi harapan gadis itu letakkan. 
“Tak seksa. Macam ni lah Yana,” Meor meletakkan kedua-dua lengan di atas meja. Tubuh dirapatkan. “Honestly, setiap kali awak keluar dengan saya, awak makin letak harapan tentang kita, kan?”
Merah padam wajah Liyana. “You…” 
“Honestly.”
Liyana tunduk. “I tried Meor. I have tried killing it so many times. But I just have to see you. Jumpa you balik after so many years, I thought it was my second chance. Salah ke I nak mencuba?”
“No. Tapi tak adil untuk you.”
“You tak letak effort untuk cuba pun,” nada suara Liyana sedikit menuduh. 
Dia tak cuba, kata Liyana. Meor senyum dalam hati. Tipulah kalau dia tak cuba. Mungkin tak cukup usaha. Mungkin.Tapi Liyana tak perlu tahu hal itu. Nanti lagi gadis itu nampak sinar harapan di hujung jalan yang dia sendiri tidak pasti. 
Cuba bayangkan. Orang yang kita ingat kita suka separuh mati bertahun-tahun, rupanya pernah cuba nak suka kita juga. Memang lagi berlipat gandalah usaha nak buat si dia tu suka kita for real.
“Kenapa you tak letak effort sikit pun?”
“Sebab. You are my friend.” Jujur. “Saya tahu in the end awak yang akan sakit either way. Saya tak pernah beri harapan, saya tak pernah sebut ‘kalau ada jodoh’. Dari dulu lagi saya dah beritahu, tak.”
Liyana tunduk. Bila Meor kata begitu, dia tiada daya hendak berbalah lagi. Seperti kata Meor, lelaki itu tak pernah sekali pun menyelitkan sebarang harapan dalam perhubungan mereka berdua. Cuma mungkin kerana Liyana banyak hulur bantuan ketika sekolah dahulu, maka Meor jadi lembut hati sedikit bila Liyana ajak dia ke mana-mana. Dia sendiri yang menyulam bunga harapan pada hamparan mimpi Liyana-Meor. Sambil memasang impian suatu hari nanti, Meor akan menyulam bersama-sama untuk melengkapkannya.

Written by msteja

July 20, 2017 at 7:53 am

Posted in Uncategorized

7.3

leave a comment »

“Trish cuti berapa lama?” Rafael menggeliat sehingga terdengar bunyi derapan sendi-sendinya. Puas! Duduk lama dalam penerbangan dari Adelaide yang mengambil masa beberapa jam itu mula terasa kesannya. 

“Sampai minggu depan je. Lepas tu kena daftar masuk posting yang seterusnya.”

“Dah tahu ke department mana?”

“O&G kot.”

“Eh, hospital ada Oil and Gas juga?’

“Sakit puan la Along. Obstetric and Gynecology,” Batrisya ketawa bersungguh-sungguh. Lucu lah Rafael ni. Lagi-lagi melihat wajah abangnya yang terpinga-pinga. 

“Kenapa dipanggil sakit puan ek? Mengandung kan is a process yang most perempuan nak. I mean, kalau ia adalah sejenis sakit, kenapa korang nak benda tu kan?” 

Batrisya mencebik. Mulalah Alongnya tu. Tak boleh nak kalah langsung. Pandai je putar balik biar dia nampak lebih daripada orang lain.

“Mungkin sebab nak beranak tu sakit. Mungkin sebab bila mengandung ni, boleh jadi punca pada sakit macam-macam. Yang tak ada kencing manis darah tinggi, tiba tiba masa mengandung boleh dapat. Tak ada alahan, time mengandung tiba-tiba boleh jadi allergic pada banyak benda,” Batrisya terdiam tiga saat. “…and they could die because of it.”

Rafael rasa hendak gigit saja lidahnya kerana bertanyakan soalan ‘cover malu’ nya tadi. Membuatkan Batrisya teringatkan arwah mama mereka yang meninggal dunia selepas lahirnya dia. Dia tiada niat langsung. Walaupun Rafael paling kuat menyakat Batrisya jika dibandingkan dengan kembarnya, Lukman, tapi dia juga yang paling cepat resah bila wajah Batrisya mula berubah. 

“Along minta maaf.”

“Tak ada salah Along pun.”

“Along buat apa?” Lukman duduk di atas salah sebuah kerusi  yang kosong. Daddy memang sengaja letakkan set meja besi ukir bercat putih dengan 4 biji kerusi di patio rumah. Simbolik empat orang ahli dalam keluarga induk mereka. 

“Beranak,” Rafael menjawab sepatah. Tak guna nak berselindung dan tak guna nak cerita panjang-panjang. Kerana dia tahu Lukman akan faham. Mereka kan berkongsi uri dan kantung yang sama selama 9 bulan. 

“Trish nak Abang Ngah cepuk Along ke?”

“Trish okay la, jangan nak berdrama sangat,” Batrisya mencebik. “Airis tidur dah ke?” 

“Hm. Kak Laily pun terlena sekali. Dodoikan diri sendiri sekali agaknya,” Lukman ketawa. Dia dan Rafael menyandarkan tubuh mereka pada belakang kerusi. Serentak. 

“Ngah, thanks sebab selalu ada nearby untuk tengok-tengokkan Daddy,” Rafael bersuara, sambil matanya melekap pada butiran cahaya yang menyimbahi dada langit biru hitam di hadapan mereka. Kegemaran setiap mereka, lebih-lebih lagi apabila ketiga-tiga berkumpul bersama. 

Batrisya pejam mata. Dalam hatinya mengiyakan saja kata-kata Rafael. 

Antara mereka bertiga, Lukman sahaja yang pilih untuk kerja dekat dengan rumah mereka membesar. Dekat dengan Daddy. Bukannya tak ada tawaran untuk dia bekerja di luar kawasan dengan gaji yang lebih lumayan. Bukannya Daddy tak suruh Lukman terima tawaran tersebut. Tapi dia yang degil untuk menetap di bandar kecil mereka.

Sedegil Rafael yang memilih untuk membawa diri jauh ke negara orang selepas putus tunang tiga tahun lepas. 

Written by msteja

July 7, 2017 at 9:55 am

Posted in Uncategorized

7.2

leave a comment »

Hiasan bilik itu ringkas sahaja. Sebuah meja kayu mahogani milik Daddy dengan pasangan kerusinya. Membelakangi jendela luas yang dilindungi langsir baldu berwarna hijau pucuk pisang dan emas. Dresser daripada kayu jati di tepi dinding kanan. Dan barisan rak buku kayu di dinding kiri dan di sisi meja. Permaidani tebal terhampar di hadapan meja.
 

Sudah menjadi rutin Batrisya setiap kali pulang ke rumah Daddy. Dia akan menyelinap masuk ke dalam bilik yang agak terkeluar sedikit daripada bangunan asas rumah mereka. Paling suka dia dengan bahagian rumah yang satu ini.

Penghawa dingin dihidupkan. Perlahan-lahan Batrisya membaringkan dirinya di atas kelembutan permaidani tebal berwarna merah hati itu. Earphone disumbat dalam telinga. Alunan halus muzik klasik Tchaikovsky memenuhi segala deria pendengarannya. Mata dikatup. Dia biarkan setiap nota muzik itu menyentuh setiap inci tubuhnya. Dan emosi. Dan rasanya.

Bilik itu sebenarnya bilik kerja Daddy, yang dikongsi bersama arwah mama Batrisya. Kalau ikut cerita Daddy, arwah mama pun cintakan bilik itu. Ketika membawa Batrisya dalam rahimnya, di situlah biasanya arwah mama akan duduk seorang diri ditemani pantulan muzik klasik pada dinding. Kalau Daddy dan arwah mama berkelahi pun, memang di situlah tempat arwah mama bersembunyi. 

Bilik itu berbau lavender dan pudina. Hasil kerajinan Daddy memasang diffuser dengan campuran minyak pati kedua-dua tumbuhan tersebut setiap hari. Daddy kata, itu bau arwah mama. Batrisya pula, apa sahaja trivia tentang arwah mama, dia akan telan. Dan hadam. Siap Batrisya berangan yang bau itu dikesan oleh dia ketika dia masih janin lagi. Ya lah, deria bau kan deria yang paling primitif sekali. 

Hampir satu jam dia di dalam bilik itu. Bila Batrisya keluar, hidungnya terhidu bau ayam yang dipanggang dengan herba Rosemary. Sengih. Dia dah agak dah. Setiap kali dia pulang, menu itu lah yang akan Daddy pilih. Hanya kerana Batrisya terlepas cakap semasa mereka menonton siri masakan Jamie Oliver di kaca televisyen beberapa tahun lepas. Sudahnya jadi special dish setiap kali Batrisya balik ke rumah dari kolej. 

Daddy sedang duduk relaks di meja makan sambil memangku Airis, cucu sulungnya. Anak kepada abang Batrisya yang kedua, atau yang pertama. Bergantung kepada pemahaman yang mana satu kembar sulung kalau ikut waktu lahirnya. 

Bila mata tua Daddy menyapa wajah tenang Batrisya, bibirnya mengorak senyum. Hampir 4 bulan rindu tersimpan hendak melihat anak bongsunya itu. Sejak Batrisya mula bekerja, sehari cuti pun dia tak ambil. Simpan cuti katanya. 

“Dah nak siap ke daddy?” Batrisya membalas senyum Daddy. Tangan dihulur kepada Airis. Airis  mengekek ketawa menyambut huluran tangan emak saudaranya. Daddy menyerahkan Airis kepada Batrisya sebelum dia bangun untuk memeriksa ayam di dalam ketuhar.

“Sikit lagi Trish. Boleh tolong daddy prepare meja? Airis letak kat baby chair je.”

Cekap Batrisya menyediakan meja untuk hidangan 4 orang. Untuk dia, Daddy, Abang Ngah Luke dan Kak Ngah Laily. Along Rafa khabarnya akan sampai esok malam. Flightnya dari Adelaide dijangka tiba 4 petang.

Written by msteja

June 30, 2017 at 9:05 am

Posted in Uncategorized

-intermission-

leave a comment »

Minggu Raya ni agak busy. Nak settle oncalls, kemas rumah (ok upah orang je pun), kemas barang and few other stuff. 

.
So, the next post will be after raya ok?
.
Love you guys and thanks for the support❤️

.
Selamat Aidilfitri in advance. Ampun salah silap selama beberapa tahun ini.
-msteja-

Written by msteja

June 20, 2017 at 5:47 am

Posted in Uncategorized

7.1

leave a comment »

“Bila kau rasa a guy tu dalam keadaan paling seksi?” Malika melontarkan pertanyaan ke udara. Tiba-tiba dengan tidak semena-mena.

“Masa tengah asah parang.”

Malika jeling. Tajam. Batrisya ni kalau tak beri jawapan pelik memang tak sah. Celah mana seksinya lelaki tengah asah parang?

“Atau,” Batrisya memasukkan ceri merah ranum ke dalam mulutnya, mengambil masa menikmati jus yang merembes dalam ruang mulut bila dia mula mengunyah ceri itu. “Lelaki yang tengah siang ikan.”

“Yang kat pasar ikan tu?”

“Bukanlah! Obviously kena lelaki yang aku berkenan dulu lah kan.”

“Kiranya kau cair habislah kalau tiba-tiba ternampak Umar asah parang untuk siang ikan?”

Batrisya senyum lebar mendengar nama Umar disebut. Terasa jentikan halus yang menenangkan di dalam dadanya. Hangat. Selesa. “Kalau jadi macam tu Ika, kau kena standby untuk bawa aku ke hospital.”

“Kenapa pula?” 

“Jantung aku akan jadi tak seirama boleh terus heart attack.”

“Merepek!”

Pecah tawa kedua-duanya. Memenuhi ruang lapang kedai kopi. 

“Bila last jumpa?” Malika hirup mocha latte sejuk. Mata coklatnya tenang merenung teman yang tiba-tiba kelihatan resah. Bagai melempar batu ke dalam kolam. Berkocak.

“Siapa?”

“Umar,” Malika mengabaikan cubaan Batrisya yang pura-pura buat tak tahu.

“Sebulan lepas. Macam biasa.”

“Status kau orang?”

Rasa tenang dalam dada Batrisya berganti dengan rasa ketat. Terasa ditekan. Dalam. “Teman tapi mesra?” Ketawa hambar. “Ok, sebelum kau sambung dengan analisa kau, aku tahu apa yang kau nak cakap.”

Malika mencebik. Batrisya meraup muka. Dia capai telefon bimbit, galeri gambar dibuka. Disuakan kepada Malika. “Ni, dia hantar semalam.”

Wajah bujur dengan senyuman kacak. Rambut sedikit ikal dengan seuntai rambut jatuh ke dahi. Kumis nipis meniti di antara hidung dan bibir atas. Berpakaian kemas dengan kemeja lengan panjang yang dilipat hingga siku. Jeans biru lusuh. 

“Motif?”

Batrisya angkat bahu. “Aku tengah drive kot masa tu. Nyaris nak terbabas dapat gambar macam ni. Tak ada borak apa pun sebelum tu.”

“Hati kau terbabas tak?”

Batrisya menyembamkan muka ke meja di celah kedua lengannya. Hati dah lama terbabas dah. Walaupun pada asalnya tiada niat langsung nak ke arah itu. Tak ada sekelumit rasa pun pada Umar di hari pertama mereka bertemu ketika induksi dulu.

Tapi Umar, selepas masing-masing berpisah pulang ke tempat asal, mula menghulur talian persahabatan. 

Pada mulanya Batrisya layan biasa sahaja. Setiap hari akan ada mesej masuk. Diselangi gambar-gambar yang menggoda jiwa. Kenapa Umar menghantar gambarnya pada dia, Batrisya sendiri tidak pasti. Bila dia tanya, Umar hanya akan jawab hendak tambah keyakinan diri.

What kind of answer is that? Malika menempelak bila Batrisya membuka cerita. 

Lama-lama dia goyah lah. Masakan dia tak goyang langsung tengok gambar-gambar dengan killer smile setiap kali. Ujian kah?

Mula-mula dia bercerita pada Malika, Malika ikut teruja. Tapi lama-lama bila tak ada progress apa-apa, temannya itu mula jadi skeptikal. Anggapannya Umar ini main-main sahaja. 

“Apa kata kau confess je Trish. Kalau jadi, jadi. Kalau tak kau move on je lah.”

Bulat mata Batrisya. Malika ni kalau beri cadangan tak fikir langsung lah. Takkan lah dia nak mencari-cari timba kot. Dia tak adalah desperate sangat pun.

“Merepeklah! Tak mau!”

“Dah tu, macam tergantung-gantung tak bertali ni. Kau nak pandang orang lain pun macam tak selera sebab mamat tu in a way beri harapan. I mean, what kind of guy randomly gives a girl his pictures. Almost every week?”

Batrisya tak nak mengaku, tapi ada benarnya kata-kata Malika tu. Dia sendiri sebenarnya dah beberapa kali terfikir benda yang sama. Dia mengeluh sudahnya.

“Nantilah aku fikir balik. Now please help me habiskan this cakes please.”

Written by msteja

June 13, 2017 at 6:50 am

Posted in Uncategorized

6.2

leave a comment »

Friendship band hitam merah dikenakan di pergelangan tangan kanan. Jam G-Shock di belah yang sama. Orang selalu ingat dia kidal kerana pakai jam di tangan kanan. Dia tidak kidal pun. Sebenarnya…entah, dia pun tidak tahu kenapa dia gemar jam tangan berada di belah kanan. 

Bunyi mesej. 

Liyana
‘I terserempak dengan your sister. Dia kata you baru keluar hospital sebab denggi. Why didn’t I hear anything about this?’* 

Meor diam sebentar. Berfikir sebelum menaip balasan.

‘Sorry.’

Itu sahaja. Nak cakap panjang-panjang dia tak pandai. Nak bermadah memujuk, lidahnya tidak selembut Ben. Lagipun, dia tidak rasa hendak memujuk pun. Dia balas mesej Liyana pun atas dasar kawan yang banyak bantu dia dahulu. 

Selain daripada itu. Kosong. Tiada apa-apa. 

Liyana

‘Kena belanja I lah macam ni.’

Meor mengerutkan dahi. Apa kena mengena tak beritahu Liyana tentang sakitnya, dan keperluannya untuk belanja gadis itu? Meor tak faham. Ada logik kah di sebalik itu?

‘Er. Kenapa pula?’

Liyana tidak menjawab sehingga ke sudah. Meor sendiri sudah melupakan perbualan mereka tak sampai 5 minit dia menghantar mesej itu. Perhatian dan fokusnya sekarang adalah keadaan rumah mereka yang telah ditinggalkan selama seminggu. Kenyataan yang Ben ada di rumah dalam tempoh waktu itu tidak relevan. Jujurnya rumah yang ditinggal kosong lebih boleh diterima daripada rumah yang ada seorang Ben.

Masuk rumah saja dia sudah rasa nak admit balik ke hospital. Baju bertimbun merata-rata. Entah bersih entah tidak, dia pun tidak tahu nak kata. Pinggan mangkuk di dalam sinki, tidak kurang daripada 3 hari. Sampah yang penuh sudah terikat tapi masih di dalam bakul sampah.

Bila ditanya pada Ben, jawapannya ringkas sahaja. Dia oncall selang sehari untuk seminggu itu. Hari post call itu balik kerja dia terus tidur. Tak peduli apa dah. 

Macamlah tak pernah berlaku oncall selang sehari sebelum ini. Cuma biasanya ada Meor yang akan sentiasa perhati sahaja ke mana arah lontaran baju Ben. Dan setiap 3 hari, dia akan pastikan mereka ke kedai dobi. 

Mengeluh kecil. Ada MC yang berbaki beberapa hari ni, bolehlah dia menjalankan projek rumah perlahan-lahan. Kedua-dua tangan masih terasa sengal hasil dicucuk-cucuk ketika di dalam wad. Ben pula sudah pulang ke hospital semula selepas menghantarnya pulang ke rumah. 

Baju seluar yang berselerakan dia kutip satu persatu dan dimasukkan ke dalam bakul. Pinggan mangkuk dalam sinki dia cuci sedikit. Kemudian dia pergi berehat. Dan sambung cuci sedikit lagi. Rehat semula. 

Meor terjaga apabila seseorang menggerakkan tubuhnya. Matanya terbuka sebentar. Dan terkatup kembali. Suara Mastura menerobos ke telinga.

“Meor, dah Maghrib ni.”

“Penatlah kak…”

“Tak apa, kak Mas tolong kau.” Mastura memaut tubuh adik penuh kasih, membantunya bangun dari baring. Sama-sama duduk bersebelahan. Meor tanpa fikir melentokkan kepala ke bahu Mastura. 

“Maafkan Meor, kak Mas.”

“Kenapa pula?” Mastura usap rambut adiknya. 

“Kak Mas banyak berkorban untuk Meor.”

“Apa Meor cakap ni.”

“Sebab Meor, kak Mas tak dapat nak habiskan study. Tolong Meor untuk recover balik lepas accident. Kalau tak mesti kak Mas dah kerja gaji besar. Tak perlu nak jual ayam di pasar.”

Mastura diam sejenak. Rentetan peristiwa selepas kemalangan Meor dan ibu bapa mereka termain semula dalam kepalanya. Perubahan hidupnya 360 darjah. Dia ketika itu sedang cemerlang dalam pengajian bidang veterinar terpaksa melepaskan peluang untuk bersama-sama adik yang kurang sempurna ingatannya. 

Menjadi teman sementara Meor kembali boleh memandangnya semula dengan pandangan seorang adik. Menjadi tulang belakang Meor sementara dia mula hendak mendapat fungsi penuh kaki dan tangannya. Menjadi satu satunya ahli keluarga sesama sendiri.

“Kak Mas tinggal Meor seorang je. Meor dapat ingat kak Mas balik pun kak Mas dah cukup bersyukur dah.”

Meor angkat kepala. Dia masih tak ingat kehidupannya ketika menengah rendah. Memori yang lain pun masih lompong-lompong. Yang betul-betul solid adalah memori selepas dia dalam tingkatan 4. Kehidupan barunya. 

“Kalau boleh pusing masa balik, Meor nak kak Mas teruskan je dengan study kak Mas tu.”

Mata Mastura berkaca. ” Kalau boleh pusing masa balik,  I would do the same thing all over again.”

Written by msteja

June 6, 2017 at 6:23 am

Posted in Uncategorized